Sambutan kemenangan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah berakhir dan kini pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, menuntut fokus anak buahnya terhadap aksi Liga Super berdepan PKNP FC, 24 Februari ini.
Maciel sedar PKNP akan turun dengan misi meraih kemenangan di Stadium Batu Kawan berikutan tumpas 1-0 kepada Kedah, Ahad lalu.
Biarpun PKNP kehilangan beberapa tonggak musim lalu, Maciel tetap mengambil pendekatan berwaspada berdepan mereka.
"Kami sudah meraikan kejayaan ke atas JDT, namun bola sepak sentiasa mengenai masa depan. Apa yang berlaku sudah berlalu.
"Kami gembira dengan keputusan itu.
"Walaupun kami tewas dua perlawanan pertama, kami tetap mengekalkan pendekatan dan berlatih seperti biasa kerana kami tahu, kami telah memperagakan permainan yang baik.
"Kini, kami akan berdepan PKNP. Ia pasti perlawanan yang sukar dan sengit," kata jurulatih dari Brazil itu.
Dalam masa sama, pertahanan, Hisyamudin Shaari, turut berhasrat meneruskan momentum kemenangan pasukannya selepas menewaskan JDT.
Bekas pertahanan Perak itu bertambah yakin untuk mengemudi benteng skuad Warga Kota.
Hisyamudin sebelum ini menerima kritikan peminat selepas dua kekalahan awal liga berdepan Selangor dan Negeri Sembilan.
"Setiap pemain pasti akan mengalami prestasi turun naik.
"Apapun, saya sentiasa akan memberikan yang terbaik, cuma kadang-kadang nasib tidak menyebelahi.
"Saya harap dapat tampil lebih baik dalam aksi selepas ini," katanya.