Skip to main content

Bola Sepak

'Macet' punca Manchester United tolak ke Indonesia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maceee.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nine Sport, Arif Putra Wicaksono, berkongsikan beberapa faktor kelab gergasi Eropah menolak untuk melakukan jelajah di Indonesia dalam sebuah wawancara yang berlangsung di Jakarta, semalam.

Menurut perkongsian daripada sebuah portal Indonesia menjelaskan keadaan lalu lintas di negara itu yang sesak, kualiti padang rumput dan aspek keamanan selain ekonomi menjadi punca negara itu tidakmenjadi destinasi pilihan Manchester United.



 

"Mereka melihat banyak faktor. Pertama, daripada ketidakstabilan negara itu. Kalau MU itu katakan pada saya dengan jelas, mereka punyai masalah dengan kesesakan lalu lintas dan ketidakstabilan." katanya seperti dilaporkan media Indonesia.

Manchester United akan bertandang ke Malaysia bagi mengadakan perlawanan persahabatan berdepan ASEAN All-Stars dengan pemain terdiri daripada 12 anggota di bawah naungan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 

Advertisement

Must Watch Video