Skip to main content

Bola Sepak

‘Macam Liverpool tiada dalam EPL, seperti baru semalam tewaskan JDT'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dickson.jpg
Cerita Sri Pahang tiada dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini masih meragut perasaan peminat tempatan, terutamanya bekas pemain import berpengalaman, Dickson Nwakaeme. 

Dalam kunjungannya ke Kelantan untuk perlawanan persahabatan Jun lalu, Nwakaeme berkongsi kenangan manisnya bersama pasukan itu yang diibaratkan sebagai 'keluarga' buat dirinya.

Faham dengan keadaan semasa Tok Gajah, dia yang dikenali sebagai Orang Besi itu tetap berharap Sri Pahang akan kembali mewarnai Liga Super pada masa akan datang dengan lebih kuat. 

"Cukup sedih kerana Pahang ibarat kuasa besar dalam liga bola sepak Malaysia. Macam Liverpool tidak lagi beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Sangat menyedihkan kerana sepanjang masa saya mengikuti perkembangan Pahang.




"Rakyat Pahang macam Kelantan juga, sayangkan bola sepak. Mereka akan kehilangan besar.

"Saya berharap akan ada perubahan dalam masa terdekat," katanya.

Tambahnya, antara momen paling diingati ialah final Piala Malaysia 2014 ketika menumpaskan Johor Darul Ta'zim (JDT). 

"Memenangi Piala Malaysia 2014 menewaskan JDT antara kenangan manis saya bersama Pahang.

"Beraksi dengan 10 pemain ekoran Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah dan ketika itu kami ketinggalan 1-2.

"Kemudian saya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 dan kami mengungguli penentuan sepakan penalti.

"Saya akan mengingati momen itu buat selama-lamanya.

"Ia seperti semalam saya tewaskan JDT, saya masih ingat semuanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video