Macam bapuk buang asid itu -- TMJ

Saufi Tahir
Jun 9, 2024 21:47 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyelar tindakan individu yang cuba mengaitkan dirinya dengan insiden yang melanda Faisal Halim serta pasukan Selangor sebelum ini.
Dalam satu video yang tular dia menjelaskan bahawa baginda tidak mempunyai masalah dengan pemain sayap Harimau Malaya itu malah menyifatkan Faisal bukan ancaman kerana dia merupakan individu yang baik serta peramah.
"Dia budak baik, apa yang terjadi pada dia harus dikecam. Tetapi apa kena mengena dengan saya? Ada yang cakap TMJ perancang, kalau saya nak habiskan, saya ada sasaran yang lebih besar terutama yang ambil duit rakyat dan yang menyusahkan rakyat.
"Yang bertanggungjawab dengan merompak hasil duit rakyat, ini lebih penjenayah bagi saya yang perlu dihapuskan, bukannya pemain bola sepak.

Semua nak kaitkan isu dengan JDT & TMJ, sedangkan isu tersebut tak masuk akal, semua isu nak salahkan TMJ. Tak lain tak bukan ada satu gerakkan untuk menjatuhkan atau mencemarkan nama JDT & TMJ. Ehh macam bapok lah simbah asid. ?@SpskOfficial @selangorfanatik @Selangorfans2 pic.twitter.com/EgPaH1yML3

— Harimau Selatan X (@hsxofficials) June 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia hanya pemain bola, takkan penyokong Selangor tak boleh fikir saya nak habiskan Faisal Halim buat apa? Kami JDT melawan (Selangor) tahun lepas menang 4-0,4-0 dan 2-0 dan Faisal Halim main juga.
"Faisal halim pemain kebangsaan, orang yang peramah tetapi kita tidak tahu peribadi dia dan agenda disebalik serangan itu.
"Perkara seperti itu pun orang nak cakap pasal saya. Macam bapuk buang asid itu, macam lembik.
"Baru-baru ini saya dapat berita bas pasukan Selangor kena serang di Jakarta, itu pun salah saya ke? Takkan semua benda salah saya. Faisal adalah seorang yang baik, dia bukan ancaman kepada kami." kata beliau.
#bola sepak #JDT #TMJ