Alexis Mac Allister tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Brighton & Hove Albion selepas menikmati kejayaan dalam Piala Dunia di Qatar walaupun dilaporkan terdapat minat daripada kelab-kelab ternama Eropah.
Pemain tengah Argentina itu dipanggil semula menyertai pasukan kebangsaan pada awal tahun lalu dan dia terbukti memainkan peranan penting dalam membantu Lionel Messi dan rakan-rakan mencapai kemuncak dalam temasya Qatar 2022.
Prestasi mengagumkannya bersama The Seagulls musim ini termasuk persembahannya bersama La Albiceleste mengundang tawaran berpotensi yang kian bertambah.
Tetapi bercakap selepas kembali ke menyertai latihan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas Piala Dunia, Mac Allister menegaskan bahawa dia gembira di Brighton.
"Saya cuba untuk tidak membaca terlalu banyak spekulasi," katanya kepada saluran TV Albion.
"Saya sering mengatakan bahawa saya gembira di sini. Saya tidak terburu-buru untuk pergi.
"Saya berasa dalam keadaan yang sangat baik. Saya amat berterima kasih kepada kelab ini, rakan sepasukan saya dan semua orang yang bekerja di sini.
"Saya hanya fokus kepada perlawanan seterusnya."
Brighton yang menghuni tangga ke-10 akan berdepan kelab bermasalah, Everton, yang mahu menjarakkan diri dari zon penyingkiran, awal pagi esok.

Straight back to work. ? pic.twitter.com/iqoAgpgIq6
— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) January 2, 2023