Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) melakar kejutan dalam aksi minggu keenam Liga Wanita Nasional (LWN) apabila menewaskan Melaka 3-0 di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.
Selepas kebuntuan gol sepanjang babak pertama, skuad kendalian Zerry Nazeri itu membuka jaringan menerusi sepekan penalti Nurhadfina Mohd Firdaus pada minit ke-51.
K. Thurgasini kemudian menjadikan kedudukan 2-0 memihak SSMP menerusi ledakan cantiknya pada minit ke-69.
Tidak cukup dengan itu, ketua pasukan, Fatin Alissa Qistyna Narzil, melengkapkan hari gemilang SSMP dengan gol ketiga mereka pada penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan kedua mereka musim ini.
Muzaffar Musa
Sat Aug 10 2024