LIGA WANITA
LWN: SSBJ jadi venue final Liga Wanita Nasional
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Nasional, Bukit Jalil (SSBJ) sebagai venue untuk perlawanan final Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 pada 21 Disember ini.
Ia sehari selepas skuad negara menentang Singapura untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala ASEAN 2024 dan pemilihan gelanggang keramat Harimau Malaya itu dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada bola sepak wanita di negara ini.
"(Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh telah bersetuju untuk melaksanakannya di Bukit Jalil. Jadi ini julung-julung kalinya bola sepak wanita bermain di Bukit Jalil.
Iklan
"Saya amat berbesar hati dengan tawaran Hannah Yeoh dan ia disifatkan sebagai pengiktirafan untuk bola sepak wanita di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob, yang hadir menyempurnakan majlis makan malam dan penghargaan kepada pemain bola sepak LWN di Petaling Jaya, malam tadi.
Hadir sama Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Amin, yang turut mengumumkan kenaikan jumlah hadiah kemenangan bagi edisi seterusnya.
"Hadiahnya telah dinaikkan pada tahun ini. Juara menerima RM80,000, tempat kedua meraih RM50,000 dan tempat ketiga, RM30,000.
"Subsidi juga diberikan kepada pasukan.
"Dengan pengumuman daripada Hamidin membuatkan kami keterujaan.
"Kalau lebih banyak kumpulan, permainan lebih memang berpadalah untuk menaikkan hadiah kejohanan ini," katanya lagi.
Untuk rekod, Sabah muncul juara edisi kedua tahun lalu yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.
Must-Watch Video