LWN: Sabah rapatkan jurang kedudukan liga, atasi Red Eagles 2-0
Najmi Iman
Ogos 4, 2024 03:16 MYT
Ogos 4, 2024 03:16 MYT
Juara bertahan, Sabah, mencatatkan kemenangan ketiga selepas menundukkan Red Eagles untuk kembali mengejar kedudukan carta Liga Wanita Nasional.
Jaciah Jumili dan pemain kebangsaan, Henrietta Justine, muncul sebagai wirawati pasukan dengan keputusan akhir 2-0 di Stadium Likas.
Kendatipun begitu, ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai masib belum berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya.
"Persembahan keseluruhan pemain Sabah masih lagi lemah dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi ketika ingin menjaringkan gol jadi kami perlu memperbaiki prestasi tersebut tatkala keserasian pemain masih dalam tahap membimbangkan," katanya.