LIGA WANITA
LWN: Putri Arissa Balqis tuntut pasukan bina komunikasi serasi bertemu Kelana United
Malaysian University (MU) perlu segera bangkit melupakan perlawanan lalu selepas mencatatkan keputusan seri bertemu Selangor apabila hampir mendapatkan tiga mata penuh dalam saingan Liga Wanita Nasional.
Ketua jurulatih, Mohd Fairuz Mohd Noor, mengakui masih tidak berpuas hati terhadap persembahan anak-anak buah dan mendedahkan pasukannya belum mempamerkan prestasi sebenar dan sedang bergelut untuk mendapatkan rentak yang terbaik.
Pertahanan tengah MU, Putri Arissa Balqis, menuntut rakan sepasukan untuk menonjolkan permainan berkualiti di samping membina komunikasi yang serasi dan meningkatkan tahap disiplin yang lebih tinggi untuk bertemu lawan yang lebih ampuh selepas ini.
Bagaimanapun, Mohd Fairuz turut merencana strategi yang berbeza tatkala skuadnya diwakili oleh kombinasi pelajar baru dan lama yang sedang menuntut di universiti tempatan dan memerlukan masa untuk membentuk pasukan berkualiti.
MU akn bertemu pendahulu LWN, Kelana United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Ahad ini jam 5 petang.