LWN: Pengorbanan berbaloi tinggalkan keluarga -- jurulatih Kelana United

Najmi Iman
November 11, 2024 18:46 MYT
Kelana United kekal mengungguli tempat teratas Liga Wanita Nasional (LWN) selepas menang tipis terhadap Selangor 1-0 di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.
Begitupun, Fairuz Montana selaku ketua jurulatih Kelana United tetap tidak mahu memandang rendah kemampuan setiap pasukan selain merendah diri meskipun selesa di tempat pertama.
"Saya berpuas hati dan berbaloi kerana saya tidak mempunyai masa bersama keluarga untuk memberi fokus kepada pasukan.
"Alhamdulillah para pemain membalas kembali pengorbanan tersebut untuk sama-sama menjadikan pasukan sebagai keluarga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
Sebagai rekod, skuad kendaliannya kini berbekal satu lagi perlawanan bagi mengesahkan kejuaraan liga berbanding Sabah yang masih mempunyai baki aksi ekoran tertunda akibat kempen Piala Asia Wanita, bulan lalu.
#Liga Wanita Nasional #LWN #Kelana United
;