Saingan Liga Wanita Nasional (LWN) hujung minggu ini akan memperlihatkan pertembungan dua pasukan teratas carta iaitu Kelana United dan Sabah yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, esok.
Pemain paling bernilai pasukan Sabah, Azzlyeanieh Kinuli berharap dia dan rakan-rakannya dapat mengekalkan momentum untuk mengetepikan cabaran daripada pendahulu liga berkenaan.
Sebagai juara bertahan LWN, Azzlyeanieh mahu menjadi mesin pencetak gol buat pasukannya untuk meraih kemenangan di laman sendiri.
Bagi pemain tengah Kelana United, Siti Asnidah Zamri, fokus utama pasukan bukanlah terarah kepada seorang individu sahaja namun, aspek kerjasama sepasukan menjadi keutamaan dalam misi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah.