LIGA WANITA

LWN: Lauren Hoh diberi jolokan Gattuso Kelana United

09/07/2024 | 12:57 MYT
Kemenangan tipis ke atas Selangor sudah cukup untuk Kelana United membuka kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 dengan langkah kanan untuk muncul antara empat pasukan yang merekodkan tiga mata pertama.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Lauren Hoh Ru Yi yang pernah membarisi skuad kebangsaan dalam Sukan SEA Kemboja 2023.
Kketua jurulatih Kelana United, Fairuz Montana Zainal Abidin, yang juga bekas pemain Selangor pada zaman kegemilangan di bawah bimbingan Datuk Dollah Salleh berbangga dengan permulaan memberangsangkan itu.
"Malam ini kami akan kembali berlatih.
"Kami dapat mengutip mata dalam perlawanan pertama walaupun kami hanya sempat mengadakan lima sesi latihan sahaja.
"Pemain memang berjuang untuk mencapai kemenangan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Lauren yang mula jatuh hati dengan bola sepak ketika melihat abangnya berlatih.
Dia yang baru menamatkan pembelajaran di Thailand gembira diberi jolokan Gennaro Gattuso itu dapat menabur jasa kepada negara.
"Sebagai pasukan, masih banyak yang perlu diperbaiki termasuk diri saya sendiri.
"Ia satu permulaan baik untuk kami," katanya.
#Liga Wanita Nasional #LWN #Kelana United
;