Kelana United mengekalkan kedudukan teratas dalam Liga Wanita Nasional (LWN) apabila mengatasi Sabah 2-0 di Stadium Likas hari ini.
Pertembungan dua pasukan teratas itu menyaksikan Sabah menurunkan kesebelasan terbaik diketuai Azzel Yeniyeh.
Bagaimanapun, Kelana United kelihatan lebih tajam dalam menyudahkan peluang untuk Lovelytha Jelus membuka jaringan pada minit ke-27.
Pemain sensasi, Intan Sarah Anisah Zulgafli, yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan, menghukum pertahanan Sabah dengan tandukannya untuk menggandakan kelebihan pelawat pada minit ke-36.
Dengan kemenangan itu, Kelana United kekal di tangga teratas dengan sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan sambil rekod tanpa kalah Sabah pula lebur di laman sendiri.