LIGA WANITA
LWN: Empat jaringan Nur Safura gegar gawang Real CJ
Kelanan United kekal mengungguli puncak Liga Wanita Nasional (LWN) selepas berhasil mencatatkan kemenangan bergaya 8-0 ke atas Real CJ di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.
Ketiadaan pemain kebangsaan seperti Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Steffi Sindhu Kaur, tidak menjejaskan prestasi pasukan, malah tetap bersemangat memburu jaringan sepanjang permainan.
Iklan
Nur Safura Raihan berjaya menyumbang empat gol peribadi meskipun baru berusia 16 tahun.
"Saya sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya diturunkan dalam kesebelasan utama memandangkan usia saya masih muda, namun saya tetap memberikan yang terbaik meskipun banyak yang perlu diperbaiki," katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video