Skip to main content

Bola Sepak

LWN 2024: Keserasian kunci utama MUFT berdepan cabaran Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muft_1.jpg
Malaysian University memasang misi untuk membalas dendam setelah tumpas kepada seteru utama, Sabah dalam aksi final Liga Wanita Nasional (LWN) dengan keputusan seri 1-1.

Jurulatih MUFT, Mohd Fairuz Mohd Noor, menegaskan ini merupakan medan terbaik bagi pemain mencalar rekod Sabah serta ia disifatkan bakal menjadi tonik terbaik untuk aksi seterusnya. 

"Saya baru dilantik tahun ini, saya rasa walaupun dalam masa yang singkat keserasian paling utama untuk menentang Sabah.

"Buat masa ini saya dah nampak 80 peratus pemain yang saya akan turunkan nanti, tapi saya tidak akan beri tahu dan akan beri kejutan menentang Sabah nanti.

Sementara itu, penyerang MUFC, Kaseh Carlmila Azzahra berazam untuk terus menjadi mesin gol, terutama dalam aksi pertama menentang juara bertahan Sabah nanti. 

"Saya tidak fokus ke arah individu, saya pentingkan pasukan kerana individu adalah bonus untuk pemain." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video