Luqman Hakim Shamsudin minat lebar sayap ke kancah tinggi Asia

Shaiful Shamsudin
Jun 20, 2023 14:46 MYT
Penyerang remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin, tidak berselindung dengan hasratnya berkelana ke pentas besar Asia.
Ketika ini, Luqman Hakim dipinjamkan ke kelab Iceland, Yarvik, daripada Kortijk sejak Februari lalu dan membuktikan ketajamannya menerusia dua gol daripada lima perlawanan.
Walaupun pemilik, Tan Sri Vincent Tan, sudah menjual kelab Belgium itu, Luqman Hakim kekal di Eropah tetapi andai berkesempatan, dia ingin melebarkan sayapnya dalam kancah Asia.
"Kontrak saya di Kortrijk masih berjalan hingga 2025.
"Tapi kalau ikutkan saya ingin bermain di Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan kalau tidak pun Thailand.
"Saya tertarik dengan bola sepak mereka. Kancah di Liga Jepun boleh dijadikan pelantar untuk bermain di Eropah. Bola sepak mereka maju.

Dari benua Europe ke benua Asia Itu antara perancangan penyerang Njardvik FC,Luqman Hakim selepas tamat kontrak bersama KV Kortrijk pada tahun 2025 More on @ASTROARENA pic.twitter.com/dn8K0pcRko

— wan muiz (@muiz_aziz07) June 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Walaupun Thailand sama dengan Malaysia, mungkin saya berminat dengan suasananya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam masa sama, bekas produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu mengesahkan bakal terlepas mengikuti kempen Piala AFF B-23 di Chonburi, Thailand Ogos depan.
"Disebabkan Piala AFF diadakan di luar kalendar FIFA, saya tidak boleh tinggalkan pasukan kerana masih ada perlawanan di Iceland.
"Saya harap kami dapat bermain di peringkat seterusnya sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 (September) nanti dan kelayakan Sukan Olimpik," katanya lagi.
#Luqman Hakim Shamsudin #Kortijk #Yarvik
;