Luqman buat penampilan sulung bersama YSCC Yokohama

Ammar Hakim
Mac 6, 2024 02:21 MYT
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, selesai membuat penampilan sulung di bumi Jepun selepas diturunkan dalam aksi Piala Levain, semalam.
Penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama ketika permainan berbaki 13 minit menentang Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain.

Penampilan pertama @luqmansham10 untuk pasukan @yscc1986 dalam saingan Piala Liga Jepun.pic.twitter.com/Vkk2W3MDAW

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.
Meskipun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah dua minit selepas Luqman turun ke gelanggang, mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.
Terdahulu, Luqman Hakim Shamsudin menukar 'angin' ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.
Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.
#Luqman Hakim Shamsudin #YSCC Yokohama
;