Penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama ketika permainan berbaki 13 minit menentang Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain.
Penampilan pertama @luqmansham10
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 6, 2024
untuk pasukan @yscc1986 dalam saingan Piala Liga Jepun.pic.twitter.com/Vkk2W3MDAW
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.
Meskipun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah dua minit selepas Luqman turun ke gelanggang, mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.
Terdahulu, Luqman Hakim Shamsudin menukar 'angin' ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.
Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.