Skip to main content

Bola Sepak

Lupakan kekalahan di Penang, fokus Sarawak United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giancarlo-gallifuoco.jpg
Kuala Lumpur City (KL City) FC perlu melupakan kekalahan 0-1 kepada Penang FC apabila melayan kunjungan Sarawak United dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. 

Malah, pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco mahu para pemain The Hawks segera melupakan kekalahan pada 24 September itu dan memperbaiki segala kelemahan sebelum menyambut kelab Kepulauan Borneo tersebut.

“Kami tewas kepada Penang yang sebelum ini tewas dalam tujuh perlawanan berturut-turut dan sememangnya kekalahan ini perlu buatkan kami kembali melihat secara keseluruhan prestasi masing-masing.

“Namun, saya masih percaya pasukan ini masih berada dalam kedudukan terbaik kerana itu merupakan kekalahan kami yang kedua selepas 12 perlawanan,” katanya.





Gallifuoco juga mengakui faktor kepenatan juga membelenggu rakan sepasukan selepas melalui jadual padat ekoran bersaing di Piala AFC.

Cuma saya turut melihat faktor kepenatan ada sedikit sebanyak mengganggu kami kerana banyak perlawanan kami kena lalui terutama perlu beraksi di laman lawan. Selain itu ketiadaan Zhafri Yahya dan Declan Lambert yang bersama pasukan kebangsaan.

“Jadi, berdepan Sarawak di tempat sendiri, saya harap kami tahu apa perlu dilakukan untuk mendapatkan kemenangan demi mendapatkan lonjakan moral sebelum terbang ke Uzbekistan.

“Biarpun Sarawak United menduduki tangga kedua terakhir, itu bukan bermakna mereka terlalu lemah kerana semua pasukan miliki kualiti tersendiri selain saya dapati Liga Malaysia sangat kompetitif kerana kualiti semua pasukan tidak terlalu jauh berbeza,” katanya.

Pada 24 September lalu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, jaringan tunggal penyerang Penang, Lucas Silva pada minit 79 menyaksikan KL City pulang hampa walaupun dihidangkan beberapa peluang keemasan untuk jaringkan gol.

Sementara itu, penyerang KL City, Jordan Mintah mengakui masih belum berpuas hati sumbangannya berharap sentiasa diturunkan bagi membantu skuad warga kota tersebut.

“Saya berada di sini untuk membantu pasukan bagi mencipta sejarah serta cuba meletakkan KL City dalam kedudukan yang lebih baik di persaingan liga.

“Semuanya sangat baik di sini dan saya cuba mengikuti apa segala arahan jurulatih, itu yang lebih penting kerana jurulatih juga membantu saya bagi memahami sistem permainan di sini,” katanya..

Untuk rekod, KL City juga dalam persiapan berdepan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh dalam aksi final antara Zon Piala AFC pada 5 Oktober depan.

Kredit: Sinar Harian 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video