Skip to main content

Bola Sepak

Luke Shaw terlepas beberapa perlawanan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luke-shaw.jpg
Bek kiri Manchester United, Luke Shaw, perlu berehat beberapa minggu akibat kecederaan otot.

Pertahanan berusia 28 tahun itu merupakan tonggak utama dalam barisan Erik ten Hag termasuk membabitkan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Begitupun, Shaw bakal tersisih pertemuan di Old Trafford menentang Nottingham Forest malam esok serta kunjungan ke Arsenal minggu depan selain perlawanan antarabangsa membabitkan England.

Kelab itu dalam satu kenyataan berbunyi: “Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw mengalami kecederaan yang akan menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam perlawanan yang akan datang.




“Isu ototnya masih dalam penilaian tetapi bek kiri England itu dijangka tidak dapat beraksi selama beberapa minggu.”

United dan England berharap kecederaan itu tidak berlarutan, lebih-lebih lagi Tyrell Malacia juga masih diketepikan kerana kecederaan.

Advertisement

Must Watch Video