Skip to main content

Bola Sepak

Luke Shaw percaya prestasi Manchester United di laluan tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luke-shaw.jpg
Manchester United sedang meniti di laluan tepat di bawah kendalian Erik ten Hag, lantas pertahanan kiri, Luke Shaw, berkata bahawa mereka boleh melakukan yang lebih baik lagi.

Ten Hag tiba dari Ajax dan ditugaskan untuk mengubah nasib mereka selepas satu lagi musim tandus.

Di sebalik permulaan yang sukar, sejak itu pengurus berbangsa tersebut menemui semula rentak kemenangan The Red Devils dan kini telah mengharungi enam perlawanan tanpa kalah sejak kekalahan 'derby' kepada Manchester City pada awal bulan ini. 

Menjelang pertemuan Liga Europa dengan Sheriff, awal pagi esok, Shaw menganggap permainan mereka makin berkembang di bawah pengurus baru itu sambil berasakan masih ada banyak ruang lagi yang mampu ditingkatkan., 

“Saya rasa ada peningkatan mendadak,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.




“(Prestasi) permulaan musim ini jelas tidak cukup baik, kita semua tahu mengenainya tetapi saya fikir sejak itu, kami telah mengambil banyak langkah besar.

"Kami sedar kami mampu melakukan yang lebih baik lagi -- contohnya ketika menentang Newcastle di laman sendiri, kami perlu memenangi pertemuan seperti itu dengan memungut tiga mata berbanding satu mata. Tetapi sudah semestinya kami mempamerkan peningkatan."

Advertisement

Must Watch Video