EPL
Luke Shaw pelawa Harry Kane, Declan Rice sertai Manchester United
Luke Shaw cuba memujuk rakan sepasukannya di kem England iaitu Harry Kane dan Declan Rice ke Manchester United.
Selepas meneruskan rentak kemenangan dalam kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Malta 4-0 semalam, pasukan kendalian Gareth Southgate dalam persiapan di Carrington menjelang perlawanan akhir musim ini menentang Macedonia Utara.
Shaw menyiarkan coretanya di Instagram dengan menunjukkan gambarnya di pangkalan latihan United, Old Trafford, sambil berdiri bersebelahan Kane dan Rice dengan kapsyen "menjelajah Carrington" disertai emoji mata.
Iklan
Usikan itu berikutan masa depan tidak menentu yang menyelubungi penyerang Tottenham dan kapten West Ham itu.
"Ia biasanya tidak dibincangkan tetapi saya melakukannya memandang terdapat banyak cakap-cakap dan gurauan mengenainya musim ini," kata Shaw.

“Saya suka andai beberapa daripada mereka menyertai United, saya tidak akan berbohong.
"Saya bercakap dengan mereka, memberitahu mereka betapa bagusnya Manchester kerana saya tahu kualiti mereka.
“Saya tahu mereka adalah pemain bertaraf dunia dan mereka akan memberikan sumbangan besar tetapi saya hanya boleh bercakap sahaja.
"Terpulang kepada kelab dan apa sahaja keputusan mereka, jadi kami perlu terus melangkah ke depan.”
Must-Watch Video