Skip to main content

Bola Sepak

Luke Shaw kembali berlatih di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luke-shaw.jpg
Pertahanan Manchester United, Luke Shaw, kembali menjalani latihan selepas berehat lama akibat kecederaan otot.

Pertahanan kiri itu bergelut masalah berkenaan sejak Ogos lalu apabila hanya membuat dua penampilan musim ini tetapi kembali dalam latihan penuh menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Everton.

Ketiadaan Shaw telah menimbulkan masalah di bahagian bek kiri kerana Tyrell Malacia juga tercedera dan memaksa United menandatangani pertahanan Tottenham, Sergio Reguilon, secara pinjaman sementara selain turut menggunakan Sofyan Amrabat, Diogo Dalot dan Victor Lindelof untuk mengisi sementara posisi berkenaan.

Pemain antarabangsa England itu merupakan tonggak penting dalam kejayaan United musim lalu dan kelibatnya amat dirindui yang menyaksikan barisan kendalian Erik ten Hag itu mengalami permulaan kempen yang tidak menentu.

 

Mereka berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara (UCL) apabila tewas lima daripada 12 perlawanan EPL terawal dengan menduduki kedudukan keenam.

Bagaimanapun, United masih dihantui krisis kecederaan menjelang kunjungan ke Goodison Park Isnin ini. 

Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund ketika ini dalam senarai kecederaan yang panjang sebelum rehat antarabangsa dengan penjaga gol, Andre Onana, ditimpa kecederaan ketika beraksi bersama Cameroon.

Advertisement

Must Watch Video