Pertahan kiri, Luke Shaw, menzahirkan kekesalan bermain untuk juara piala FA Inggeris, Manchester United, ketika sedang mengalami masalah kecederaan.

Walaupun dibelenggu masalah kecergasan, pemain berusia 28 tahun itu berharap agar dia dapat diturunkan selepas diumumkan sebagai pemain utama yang akan menghadapi saingan Euro 2024 bermula 15 Jun ini.

"Jika jurulatih mahu menggunakan khidmat saya, saya tidak akan sesekali berkata tidak meskipun sepatutnya saya tak boleh bermain.

"Apabila saya memaksa diri untuk bermain, saya mendapat kecederaan yang lain.

"Tetapi saya berharap agar dapat diturunkan dalam perlawanan pentimg ini bagi membantu pasukan namun, saya tidak boleh terburu-buru kerana masalah tersebut akan terus menghantui saya," katanya.