Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lukaku bakal jadi pemain penting bagi City -- Elano

lukaku.jpg
Romelu Lukaku akan terbukti menjadi pemain 'penting' untuk Manchester City, menurut bekas bintang Citizens, Elano.

Sergio Aguero telah menjadi pemain pinggiran untuk City musim ini, dengan pemain berusia 32 tahun itu bergelut dengan banyak masalah kecederaan.

Kontrak Aguero turut berakhir pada penghujung musim 2020-21 dan masih lagi tidak berbincang mengenai tawaran baru, dengan Gabriel Jesus, turut bergelut mendapatkan tempat dalam skuad utama kendalian Pep Guardiola itu dalam ketiadaan penyerang kelahiran Argentina itu.

Aguero sekadar membuat lima penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) -- dua daripadanya dalam kesebelasan utama -- gagal menjaringkan gol atau mencetak assist, Jesus telah menjaringkan empat kali dan melakukan dua assist dalam 14 perlawanan.

Phil Foden, Ferran Torres, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne, yang kini berdepan masalah kecederaan, semuanya telah diturunkan sebagai penyerang tengah musim ini oleh Guardiola, yang dilaporkan menyasarkan penyerang pada jendela perpindahan seterusnya.

Nama bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland, antaranya yang disebut-sebut, namun hampir keseluruhan kelab utama Eropah tidak berminat untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.

Daripada 15 penampilan saingan Bundesliga musim ini, Haaland telah menjaringkan 14 gol, Andre Silva dari Eintract Frankfurt di tempat kedua (17) manakala bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjaringkan 19 gol.

Namun, nama lain yang muncul dalam buat City adalah bekas penyerang Manchester United, Chelsea dan Everton, Lukaku, yang telah menikmati musim yang cemerlang bersama Inter sejak musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak memiliki gaya permainan yang sesuai dengan cara permainan Guardiola, namun Elano percaya pemain kebangsaan Belgium itu akan menjadi penambahan terbaik bagi pasukan.

"Apabila anda bermain di kelab pada tahap tinggi, persaingan sangat kuat. Dan jika pemain seperti Lukaku mahu berhijrah, bukan hanya City yang menginginkannya, tetapi banyak lagi kelab mahu mendapatkannya," kata Elano.

"Cara City bermain hari ini menjadikan semua pemain mahu menyertai City bukan? Ini cara bermain yang luar biasa.

"Jesus kini adalah penyerang utama City, tetapi perpindahan sudah pasti akan berlaku. Ia akan menjadi penambahan yang besar buat kelab dan tiga penyerang pasukan ini akan bersaing mendapatkan peluang beraksi.Dan City akan mempunyai peluang untuk bertanding dalam semua pertandingan."

Advertisement

Must Watch Video