Kelab LaLiga itu mengumumkan bahawa perancang dari Croatia berusia 37 tahun tersebut akan kekal bersama gergasi Sepanyol berkenaan sekurang-kurangnya hingga akhir Jun 2024.
Modric -- yang menyertai Real dari Tottenham pada 2012 dan telah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara (UCL) serta tiga kejuaraan LaLiga -- akan tamat kontrak pada musim panas ini dan berkesempatan untuk berkelana secara percuma.
Kenyataan daripada Real Madrid berbunyi: "Real Madrid dan Luka Modric telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak yang akan terjalin hingga 30 Jun 2024."
? @lukamodric10 ?#Modrić2024 pic.twitter.com/UbhRXnqnzf
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) June 26, 2023
Modric -- yang membantu Croatia mara ke final Piala Dunia 2018 dan memenangi Ballon d'Or pada tahun itu -- telah dikaitkan bakal mengikuti jejak bekas rakan sepasukan, Karim Benzema, menerusi perpindahan lumayan di Arab Saudi.
Berikutan pengumuman kontrak baharunya di Real Madrid, Modric menulis di Twitter: “Home Sweet Home. #Modric2024”.