Skip to main content

Bola Sepak

Luka Modric jadi pemilik bersama Swansea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

modric.jpg
Pemain tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric, melabur untuk Swansea dan bertindak sebagai pemilik bersama kelab Liga Kejuaraan itu.

Ketua pasukan Croatia berusia 39 tahun itu menuju bulan terakhir kontraknya selepas 13 tahun bersama Real Madrid dengan membantu mereka memenangi enam kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) sejak mula menempa nama bersama Tottenham pada awal kariernya.

Swansea enggan mendedahkan jumlah yang dilaburkan pemilik Ballon d'Or pada 2018 itu, namun Modrid teruja untuk membantu kelab Wales itu yang kini berjuang dalam divisyen kedua Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Modric berkata di laman sesawang Swansea: "Ini adalah satu peluang yang menarik. Swansea mempunyai identiti yang kukuh, peminat yang luar biasa dan cita-cita untuk bersaing di peringkat tertinggi.

“Pengalaman saya bermain di peringkat tertinggi mampu memacu kelab ini. 

 
@swansofficial ? Luke Modrić is a Jack! Welcome to the newest member of our ownership group. #lukamodric #swanseacity ♬ original sound - Swansea City AFC




"Matlamat saya adalah untuk menyokong pertumbuhan kelab dengan cara yang positif dan membantu membina masa depan yang mengujakan."

katanya menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) bertemua Arsenal di laman sendiri awal pagi esok dengan pasukannya ketinggalan 0-3 selepas perlawanan pertama.

 

Advertisement

Must Watch Video