Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luiz Suarez, umum persaraan dalam arena bola sepak antarabangsa pada sidang media di Montevideo.

Pemain berusia 37 tahun itu menamatkan karier 17 tahun bersama pasukan kebangsaan sebagai penjaring terbanyak dengan 69 gol.

Perlawanan terakhirnya bersama Uruguay dijadual berlangsung di Kelayakan Piala Dunia berdepan Paraguay Sabtu ini.

Tonggak La Celeste yang mempunyai 142 kap untuk negaranya tampil kali pertama di peringkat antarabangsa pada 2007 dan menjadi nadi skuadnya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan menjuarai Copa America setahun kemudian.

Uruguay akan menentang Paraguay di Stadium Centenario, Montevideo Sabtu ini dalam aksi kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2026 sebelum menentang Venezuela empat hari kemudian.

Suarez menyertai Major League Soccer tahun lalu untuk bergabung semula dengan bekas rakan sepasukan di Barcelona termasuk Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba.

"Jumaat ini perlawanan terakhir saya bersama skuad kebangsaan, kata Suarez.




Hakikatnya keputusan saya untuk bersara bukan kerana kecederaan atau mereka tidak memanggil saya lagi, ia memberikan saya keselesaan, membantu saya secara individu.

Ia sukar tetapi memberikan saya ketenangan sehingga perlawanan terakhir seperti obor yang padam sedikit demi sedikit".