Bintang antarabangsa Uruguay berusia 36 tahun itu menyahut perjanjian setahun yang ditawarkan Miami -- dimiliki bersama oleh David Beckham -- sekali gus kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukan Barca Lionel Messi, Jordi Alba dan Sergio Busquets.
Miami berkata di laman sesawang rasmi mereka: “Inter Miami CF telah menandatangani pemenang Liga Juara-Juara UEFA, Piala Kelab Dunia FIFA dan pemenang Copa America Conmebol dan juara LaLiga sebanyak lima kali, Luis Suarez, sepanjang 2024.
El comienzo de un nuevo sueño ⭐ pic.twitter.com/MG5DvX0Hbm
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) December 22, 2023
Suarez dinamakan pemain terbaik dan penyerang terbaik dalam kancah Brazil musim ini apabila menyumbat 26 gol dan mencipta 17 bantuan jaringan untuk membantu Gremio memenangi liga serantau dan kejuaraan berganda.
Beckham juga meluahkan rasa terujanya menerusi laman sesawang rasmi Miami: “Kami gembira mempunyai pemain yang berkualiti dan bersemangat seperti Luis untuk menyertai kelab kami.
"Dia menyertai skuad yang mampu mencetuskan inspirasi kepada generasi akan datang dan kami tidak sudah sabar untuk melihatnya turun ke padang bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona selain pemain muda daripada akademi kami."