Skip to main content

Bola Sepak

Luis Garcia makan Nasi Lemak di Johor Bahru?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-garcia_1.jpg
Bekas bintang Liverpool, Luis Garcia, memberi bayangan sudah tiba di Johor Bharu.

Garcia sebelum ini dikaitkan dengan sebuah kelab Liga Malaysia (Liga-M). Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Luis Garcia dilaporkan bakal menggalas jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama sebuah pasukan Liga-M.
 

Dan hari ini, menerusi gambar yang dimuatnaik oleh oleh Garcia, menunjukkan dia mahu menjamu selera dengan hidangan nasi lemak serta berkongsi lokasinya di Johor Bharu.



Luis Garcia yang bersara pada 2014 memiliki pengalaman luas apabila pernah melebarkan kariernya di serata pelosok dunia termasuk Mexico, India dan Australia.

Malah, pengalaman Luis Garcia, 46, ketika menggilap bakatnya di akademi terkenal Barcelona juga mampu membantu merancakkan bola sepak di negara ini.

Advertisement

Must Watch Video