Skip to main content

Bola Sepak

Luis Enrique pengendali baru PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-enrique.jpg
Bekas ketua jurulatih Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrique, telah dinamakan sebagai pengurus baru Paris Saint-Germain (PSG) berikutan pemecatan Christophe Galtier.

Kelab Perancis itu memecat Galtier malam tadi walaupun berjaya membawa mereka merangkul kejuaraan Ligue 1 ke-11 pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Enrique, yang tidak menggalas sebarang jawatan sejak meninggalkan kem Sepanyol selepas Piala Dunia tahun lalu bersetuju menandatangani perjanjian selama dua tahun.

 
Satu kenyataan berbunyi: “PSG dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Luis Enrique sebagai ketua jurulatih pasukan profesional. 

"Jurulatih dari Sepanyol ini telah menandatangani kontrak selama dua tahun.”

Kedudukan Galtier telah menjadi subjek spekulasi sejak PSG tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) di peringkat 16.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video