Skip to main content

Bola Sepak

Luis Enrique laung krebiliti PSG tempuhi jadual padat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-enrique.jpg
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, berhasrat untuk mengambil langkah satu persatu tatkala skuadnya bersiap sedia membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) musim ini. 

Mereka akan beraksi di Parc des Princes awal pagi esok sebelum membuka kempen Kumpulan F menentang Borussia Dortmund di tempat sendiri disusuli bertindak sebagai tuan rumah kepada musuh ketat, Marseille.

Ia adalah rentetan perlawanan getir yang perlu ditempuhi PSG selepas rehat antarabangsa dengan Kylian Mbappe turut terpalit dengan kecederaan.

Enrique, bagaimanapun, berasakan PSG mempunyai kekuatan yang cukup dalam untuk melihat anak buahnya mengharungi cabaran tersebut. 

“Kami fokus kepada satu demi satu perlawanan dan perlawanan seterusnya adalah menentang Nice. Kami belum memikirkan aksi seterusnya,” katanya dalam sidang media.



“Kami sudah biasa mengharungi tiga perlawanan selama berminggu-minggu jadi kami mempunyai skuad dengan dua atau tiga pemain bagi setiap posisi utama. 

“Adalah penting untuk mengurusnya dengan baik jika kami mahu mencapai matlamat. 

:Setiap pemain sudah bersedia, mereka semua akan bermain dan semuanya akan menjadi sosok penting dalam musim yang panjang ini.”

Advertisement

Must Watch Video