Luis Diaz menyampaikan satu mesej ikhlas kepada peminat Liverpool sejurus perpindahannya ke Bayern Munich disahkan.
Pemain antarabangsa Colombia itu menamatkan perkhidmatannya di Anfield dengan menyelesaikan perjanjian bernilai €75 juta (RM364.6j) dengan gergasi Jerman itu malam tadi.
Mengimbas kembali perjalanannya, Diaz berkongsi mesej yang penuh emosi di akaun Instagram: "Tiga tahun setengah yang saya akan hargai selama-lamanya. Saya tiba dengan segala impian di dunia dan saya berbangga atas segala yang kami capai bersama.
"Saya telah bertemu dengan orang yang luar biasa, rakan sekerja yang hebat, jurulatih yang banyak membantu saya dan peminat yang luar biasa.
"Liverpool, sememangnya, pasukan yang istimewa dan saya akan mengenang semua orang di dalam lubuk hati saya.
"Kitaran di sini sudah berakhir dan ia sangat menggembirakan untuk menyorot ke belakang dan menyedari betapa gembiranya kami.
"Bukan sahaja kerana trofi yang kami menang, sebaliknya sikap bersatu hati dan keakraban yang membolehkan semuanya.
"Sudah lumrah ada pasang surutnya tetapi kebenaran sentiasa tertegak. Sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam sebuah keluarga," katanya.

Luis Diaz has completed a permanent transfer to Bayern Munich after three-and-a-half years with the Reds.
— Liverpool FC (@LFC) July 30, 2025
Everybody at Liverpool FC thanks Luis for all of his contributions during his time at the club and wishes him the best for the future.