Skip to main content

Bola Sepak

Lucas Silva yakin keupayaan Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lucas-silva.jpg
Penyerang import Sri Pahang, Lucas Silva, memaklumkan antara faktor utama dia menyertai skuad Tok Gajah musim ini adalah kerana tertarik dengan perancangan pengurusan.

Lucas tanpa berselindung mengakui tugas berat menantinya apabila bakal bertindak selaku penggempur pasukan bersama dengan seorang lagi penyerang berpengalaman, Kpah Sherman.

Dengan kehadiran beberapa muka baru berkualiti bersama Tok Gajah, Lucas percaya skuad kendalian Fandi Ahmad itu mampu muncul antara pencabar utama Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

"Sebelum memutuskan untuk menyertai Sri Pahang, saya mendapati pasukan ini memiliki rekod kejuaraan selain berkesempatan menonton perlawanan membabitkan mereka. 




"Saya lihat mereka ada kombinasi pemain import dan pemain tempatan yang bagus untuk saya mengecapi peluang kejuaraan di Malaysia. 

"Selepas mengharungi beberapa perlawanan termasuk sini dan di Thailand, kami percaya mampu mengharungi musim yang baik. 

"Saya mula mencapai keserasian dengan gandingan di barisan hadapan, saya harap dapat ulangi prestasi musim lalu dan sedia bekerja keras untuk mencapainbya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Untuk rekod, penyerang kelahiran Brazil itu meledak 11 gol dalam 15 penampilan bersama Penang musim lalu.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video