Lucas Paqueta bebas daripada dakwaan melakukan pertaruhan selepas dua tahun disiasat oleh Persatuan Bolasepak (FA) kerana dianggap sengaja direhatkan dalam empat perlawanan.
FA mendedahkan bahawa panel bebas telah menyimpulkan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong tuduhan itu biarpun pemain tengah West Ham dan Brazil tersebut berdepan hukuman kerana tidak bekerjasama dengan siasatan FA.
Siasatan FA yang bermula pada 2023 itu tertumpu kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan West Ham yang bermula sejak November 2022.
Paqueta secara rasmi dituduh pada Mei 2024 dan perbicaraan yang tertangguh itu ditetapkan dari Mac hingga Jun tahun ini.
Walaupun Paqueta tidak dituduh melakukan pertaruhan itu, namun kenalan dan saudara maranya di Brazil dikaitkan telah memperoleh keuntungan daripada pertaruhan ke atas kad kuning yang dikutipnya yang boleh dikenakan penggantungan seumur.