Bekas tonggak tengah Liverpool, Lucas Leiva, akan menjalani ujian lanjut selepas dikesan menghadapi masalah jantung lalu memaksanya menarik diri daripada sesi latihan bersama Gremio.
Lucas membuat 247 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang 10 tahun bersama Liverpool dengan menjaringkan hanya satu gol sebelum menyertai gergasi Serie A, Lazio, pada 2017.
Bekas pemain antarabangsa Brazil itu kemudian kembali menyertai Gremio -- kelab dia memulakan kariernya -- selepas meninggalkan Itali di penghujung kempen 2021-22.
Dan malam tadi, Lucas menciap satu kenyataan daripada Jabatan Perubatan Gremio yang mengumumkan dia akan diketepikan dalam persiapan pra-musim pasukan itu ketika perlu menjalani pemeriksaan kesihatan lebih lanjut.
Kenyataan itu berbunyi: "Jabatan perubatan Gremio memaklumkan bahawa atlet, Lucas Leiva, dalam peperiksaan rutin pra-musim berikutan dikesan mengalami perubahan rentak jantung.
"Oleh itu, dia perlu disisihkan daripada aktiviti fizikal hingga tamat peperiksaan pelengkap dan menjalani rawatan."
Gremio -- yang merupakan pemenang terbanyak gelaran Copa Libertadores berbanding seteru Brazil yang lain apabila menggondolnya sebanyak tiga kali -- memenangi promosi daripada divisyen dua Brazil pada 2022 selepas menduduki tempat kedua.

O Departamento Médico do Grêmio comunica que o atleta Lucas Leiva apresentou, nos exames de rotina da pré-temporada, um quadro de alteração do ritmo cardíaco sendo, por consequência, afastado de atividades físicas até a conclusão de exames complementares e tratamento do quadro. pic.twitter.com/eshY9QYbzt
— Lucas Leiva (@LucasLeiva87) December 13, 2022