Skip to main content

Bola Sepak

Luca Zidane cari rentak di luar Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luca-zidane.jpg
Luca Zidane berharap penghijrahannya daripada Real Madrid mampu membantu perkembangan permainannya apabila dia bakal memulakan pinjaman semusim di Racing Santander.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu  mengesahkan perpindahan pinjaman itu semalam selepas kehilangan tempat dalam skuad utama di bawah bimbingan bapa merangkap pengurusnya, Zinedine.

Thibaut Courtois dan Keylor Navas akan saling bersaing merebut kesebelasan utama di Santiago Bernabeu sementara Andriy Lunin kembali daripada pengalaman dipinjamkan ke Leganes. 

Racing Santander baru dipromosikan musim lalu ke divisyen kedua LaLiga itu, justeru Zidane berharap langkah itu mampu dijadikan batu loncatan.

"Saya mahu berkembang sebagai pemain bola sepak di kelab bersejarah ini," kata Zidane kepada wartawan.

"Tiada yang lebih gembira atau lebih teruja tentang bab baru yang saya bakal mulakan ini. 

"Ia bagus buat saya meninggalkan Real Madrid dan bandar Madrid untuk berpeluang mengenali pasukan dan tempat baru.

"Setiap hari, saya akan berusaha memperbaiki prestasi, berkembang, mengambil langkah ke depan dan saya fikir Racing merupakan tempat terbaik untuk melakukannya."

Zidane membuat penampilan sulung untuk Madrid musim lalu dalam kemenangan 3-2 ke atas Huesca pada Mac.

 

Advertisement

Must Watch Video