Skip to main content

Bola Sepak

Low nafi terima kerusi panas Bayern

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

glzj260617_joachim_low.jpg
Pengurus Jerman, Joachim Low, menafikan spekulasi yang mengaitkan dia akan mengendalikan Bayern Munich sebaik sahaja menamatkan aksi Piala Dunia 2018 bersama skuad Die Mannschaft.

Masa depan Low bersama pasukan kebangsaan Jerman tampak samar selepas mula dikaitkan dengan jawatan pengurus di Real Madrid untuk menggantikan Zinedine Zidane sekiranya Los Blancos tewas di tangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Bayern muncul sebagai nama baru yang menginginkan khidmatnya setelah Jupp Heynckes menyatakan pendirian untuk tidak memperbaharui kontrak pada hujung musim ini.

Selain Low, turut dikaitkan dengan kerusi panas di Allianz Arena adalah Julian Nagelsmann dan Thomas Tuchel.

"Saya mempunyai kontrak dengan Persekutuan Bolasepak Jerman sehingga 2020.

"Kami bakal berdepan Piala Dunia tidak lama lagi dan saya hanya mahu fokus aksi di Russia," katanya.

Dalam masa sama, Low juga menyokong sekiranya Heynckes terus memegang jawatan pengurus Bayern selepas mengembalikan prestasi hebat sebaik sahaja menggantikan Carlo Ancelotti, Oktober lalu.

"Heynckes menjalankan tanggungjawab dengan baik. Semua penyokong Jerman dan Bayern mahukan dia kekal," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video