LIGUE 1
Lovren kembali ke pangkuan Lyon
Dejan Lovren menyempurnakan kepulangannya ke Lyon daripada Zenit dengan mengikat perjanjian hingga Jun 2025.
Pertahanan Croatia itu -- yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia -- kembali ke pangkuan bekas kelabnya itu untuk penggal kedua, 10 tahun selepas meninggalkan kelab Ligue 1 tersebut apabila berhijrah ke Southampton.
Lovren, yang diturunkan dalam enam daripada tujuh perlawanan negaranya di Qatar, menawarkan pengalaman luas kepada benteng Lyon dan turut menunjangi skuad Vatreni mara ke final Piala Dunia di Russia pada 2018.
Iklan
Pemain berusia 33 tahun itu pernah membuat 102 penampilan buat Les Gones di antara musim 2010 dan 2013 apabila memenangi Coupe de France pada 2012.
Dia kemudian menghabiskan tujuh tahun kariernya di England di Southampton dan Liverpool di mana dia memenangi gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum memenangi mahkota domestik berturut-turut bersama Zenit.
“Saya sangat gembira berkesempatan kembali ke Olympique Lyonnais,” katanya kepada laman sesawang rasmi kelab.
?? Vous pensiez vraiment qu’on allait vous laisser sans carte de vœux ? ✨Notre nouveau joueur vient tout juste de s’en occuper ! ?#LOVREN2025 pic.twitter.com/EpQk4Q8JU3— Olympique Lyonnais (@OL) January 2, 2023
“Kelab inilah yang membuka pintu bola sepak antarabangsa kepada saya, saya tidak akan melupakannya.
“Saya memiliki banyak kenangan di sini, banyak kenalan juga terutama dengan Presiden, Jean Michel Aulas, yang sentiasa menyokong saya.
"Saya meninggalkan Lyon pada 2013 dengan rasa kesal kerana saya rasa saya tidak mencurahkan segala-galanya. Saya mahu membuktikan kepada semua orang tentang kemampuan saya."
Lovren berkemungkinan membuat penampilan sulung buat kali kedua di Lyon apabila mereka menyambut Metz ke Stadium Groupama pada Sabtu ini.
Must-Watch Video