Skip to main content

Bola Sepak

Louis van Gaal jurulatih baru Indonesia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lvg.jpg
Jawatan ketua jurulatih Indonesia masih kosong susulan kesepakatan penamatan kontrak Patrick Kluivert bersama Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), minggu lalu. 

Siapakah yang akan mengisi posisi tersebut?

Indonesia terpaksa menerima hakikat selepas gagal layak ke Piala Dunia 2026 dengan tamparan hebat tewas kepada Arab Saudi dan Iraq dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.

Kecoh di media sosial tentang seorang lagi pengendali dari Belanda dengan profil tinggi bakal mengetuai skuad kebangsaan Garuda.

Nama bekas jurulatih Manchester United, Louis van Gaal, menjadi sebutan peminat Indonesia, dan khabar angin itu semakin bertiup kencang namun belum ada pengesahan rasmi setakat ini. 

Desas-desus pelantikan Van Gaal turut mendapat perhatian media antarabangsa di samping Indonesia seperti mahu meneruskan DNA Belanda. 

 

Dia yang sudah berusia 74 tahun itu merupakan penasihat Ajax ketika ini dan menjadi individu yang bertanggungjawab melatih Belanda dalam kempen Piala Dunia. 

Karier bersama Barcelona juga antara musim cemerlang yang pernah dirasainya sewaktu bergelar pemain. 

Menurut laporan yang tular, difahamkan Van Gaal akan mengadakan satu sidang media tergempar hari ini.

 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video