Skip to main content

Bola Sepak

Loser mentality dan tak bertanggungjawab -- Tunku Ismail tuju kepada siapa?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj-new.jpg
Kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) mengatasi Central Coast Mariners semalam bukanlah hanya demi kepentingan pasukan yang berpangkalan di Selatan tanahair semata-mata. 

Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga berdasarkan kemas kini oleh laman web Footy Rankings.

Malaysia meraih tambahan +11.333 mata untuk menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 35.861 mata serta berada di kedudukan kelima bagi kategori Asia Timur.

Tambahan mata itu membenarkan Malaysia memintas Australia dengan perbezaan sekadar 0.237 di tempat keenam sementara Vietnam pula jatuh ke kedudukan ketujuh ketika ini.

Menerusi ruangan komen di Instagram, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berpandangan terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dicapai untuk JDT demi Malaysia. 

"Kitalah satu satunya kelab. Patut yang ada ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking. 

"Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan condemn liga sendiri pasal tak puas hati. 

"Team sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai issue, salahkan liga dan badan induk. 

"You manage your funds, perancangan pasukan, pembangunan, dan infra tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain. 

"Loser mentality dan tak bertanggungjawab."

Advertisement

Must Watch Video