Sergio Ramos berkata Real Madrid sentiasa dahagakan kemenangan selepas menundukkan Sevilla dan bangkit daripada kekalahan di tangan Paris Saint-Germain (PSG).
Selepas tewas 3-0 di tangan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu setelah meraih hanya dua kemenangan daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan, masa depan pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane, menjadi persoalan.
Namun, tandukan Karim Benzema pada minit ke-64 memastikan Los Blancos kembali ke landasan kemenangan susulan kejayaan ke atas Sevilla yang masih belum tewas sebelum itu, membolehkan anak buah Zidane itu berkongsi 11 mata dengan pendahulu, Athletic Bilbao, selepas lima aksi liga.
Kapten pasukan, Ramos, yang terlepas pertemuan dengan PSG akibat penggantungan, mendakwa keinginan Real untuk menang tidak boleh dipersoal.
"Kami mencapai sasaran dan berjaya menenangkan diri selepas seminggu," katanya kepada Movistar.
"Real sentiasa dahagakan kemenangan. Pasukan ini sangat yakin dan semakin baik.
"Kami berkongsi mata dengan Bilbao di puncak liga dan cuba untuk meningkat sebagai satu pasukan berdasarkan segala kelebihan seperti hari ini."
Sevilla memenangi empat aksi di laman sendiri secara berturut-turut ketika berdepan Real tetapi gagal mencipta sebarang percubaan tepat dalam keseluruhan aksi pagi tadi.
"Kami sedar kesukaran aksi itu," tambah Ramos.
"Sudah bertahun-tahun sejak Sevilla gagal menang di sini. Kami datang dengan mental yang kuat berbekalkan keazaman untuk mengurangkan kesilapan."