Skip to main content

Bola Sepak

Longhi puji kelibat pemain tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

31746587_1033111863518779_6266614600649670656_n.jpg
Ketua jurulatih skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Raul Longhi, menarik nafas lega kerana jurang empat mata dengan pencabar terdekat, Pahang, mampu dikekalkan ketika mereka masih kekurangan dua pemain import sebelum pintu perpindahan kedua pemain dibuka, 7 Mei ini.

Tatkala Gonzalo Cabrera terkecuali, Longhi terpaksa mempertaruhkan sepenuhnya kudrat pemain tempatan di jentera serangan yang diketuai Ahmad Hazwan Bakri.

Ternyata mereka mampu membalas kepercayaan Longhi melalui kemenangan 2-0 ke atas Selangor hasil jaringan daripada Hazwan dan Nazmi Faiz Mansor.

Kini, mereka hanya perlu menunggu satu lagi perlawanan menentang Negeri Sembilan pada Sabtu ini sebelum memasukkan penyerang import baru, Harry Novillo.

"Kami sedikit tertekan berikutan Pahang meneruskan rentak kemenangan. 

"Kami perlu menang bagi membolehkan kami menjarakkan kedudukan.

"Seminggu lagi, kami akan dapat menggunakan pemain import baru. Apa yang penting pada malam ini kami mempunyai kelebihan empat mata di puncak," ujar Longhi.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sambil menyifatkan JDT berada dalam kelas tersendiri berbanding mereka.

Bersetuju dengan pendapat Longhi, Nazliazmi turut mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain import baru bagi memperkuatkan bahagian tengah sambil Alfonso De La Cruz dijangka menjadi calon pemain yang akan digantikan.

"Kami perlukan pemain import yang boleh mengimbangi setiap posisi, terutama barisan tengah, untuk kami mengharungi pusingan kedua Liga Super, terutama aksi separuh akhir Piala FA bertemu PKNS FC," katanya.

kredit foto: Facebook Johor Southern Tigers

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video