Skip to main content

Bola Sepak

Londehkan lagi seluar kamu -- Ferran Torres

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lamine.jpg
Bintang Barcelona, Ferran Torres, memberikan ulasan berbentuk sindiran mengenai kritikan Rafael van der Vaart terhadap Lamine Yamal selepas kemenagan Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA ke atas Belanda semalam.

La Roja berdepan skuad Belanda dalam aksi suku akhir minggu lalu yang berkesudahan 2-2.

Lamine Yamal bergelut mencipta impak dalam perlawanan tersebut apabila dikawal rapi pertahanan kiri Belanda, Jorrel Hato. Persembahannya dikritik oleh legenda Belanda, Rafael van der Vaart, yang mendakwa pemain berusia 17 tahun itu tidak cukup serius dan memakai seluar dengan betul.

Aksi kedua menyaksikn Sepanyol terikat 2-2 selepas tamat 90 minit. 

Mikel Oyarzabal meledak dua gol buat La Roja dan Memphis Depay dan lan Maatsen masing-masing meledak buat skuad kendalian Ronald Koeman.

Lamine Yamal kemudian menemui jaring dalam separuh pertama masa tambahan sebelum Xavi Simons menyamakan kedudukan. Sepanyol menang 5-4 menerusi penentuan penalti, namun Yamal gagal menyempurnakan sepakannya.

Selepas kemenangan diraih, pemain sayap Barcelona itu berkongsi kegembiraan menerusi media sosial sambil memberikan semula kritikan terhadap Van der Vaart. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @lamineyamal



Ferran turut memberikan komen pada gambar terbaru Lamine Yamal di Instagram, dia berkata, "Londehkan [seluar anda] sedikit lagi."
 

Advertisement

Must Watch Video