Skip to main content

Bola Sepak

Lokonga sertai Arsenal daripada Anderlecht

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

albert-sambi-lokonga.jpg
Arsenal melengkapkan proses menandatangani pemain tengah skuad B-21 Belgium, Albert Sambi Lokonga, daripada Anderlecth.

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengumumkan bahawa Lokonga telah menandatangai kontrak jangka panjang dan walaupun jumlah yuran perpindahan itu tidak didedahkan kedua-dua kelab berkenaan, ia dilaporkan melibatkan pembayaran awal bernilai £15 juta (RM86.63 juta).

Lokongan, 21, merupakan produk sistem pembangunan Anderlecht, yang turut melahirkan pemain seperti Romelu Lukaku, Youri Tielemens dan Leander Dendoncker. Dia juga melakukan 78 penampilan peringkat senior bersama pasukan Belgian Pro League  itu.

"Ia langkah yang besar kerana saya sudah bermain untuk Anderlecht selama 10 tahun," katanya dalam laman web rasmi Arsenal.

"Ia langkah yang besar tetapi saya berasa yakin kerana dalam dunia bola sepak, anda perlu yakin dengan diri sendiri.

"Saya tidak sabar untuk beraksi dalam liga ini dan saya tidak sabar untuk memulakannnya.

"Peguam saya memberitahu tentang minat daripada Arsenal dan saya langsung tidak teragak-agak. Saya katakan, 'Maaf, saya akan ke sana'," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video