Skip to main content

Bola Sepak

Loftus-Cheek sedia gantikan Alli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rubenloftuscheek-cropped_nhxbs0307hs81xbewf9fzrs5b.jpg
Ruben Loftus-Cheek menegaskan dia telah bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama menjelang aksi kedua Kumpulan G, Piala Dunia 2018 bertemu Panama sekiranya Dele Alli tidak dapat diturunkan.

Alli mengalami kecederaan paha ketika England menundukkan Tunisia 2-1, Isnin lalu, dan kini tahap kecergasannya sedang dipantau menjelang aksi kedua yang akan berlangsung di Nizhny Novgorod pada Ahad ini.

Loftus-Cheek beraksi dalam 10 minit terakhir ketika aksi terakhir, iaitu dalam tempoh di mana Harry Kane menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan dan kini pemain tengah Chelsea itu melaungkan keyakinan untuk berada dalam kesebelasan utama jika diperlukan.

"Sama ada saya diturunkan lebih awal atau tidak, saya tetap gembira," katanya.

"Saya sentiasa bersedia jika diberikan peluang."

Mengharungi kempen Piala Dunia yang pertama dengan penuh positif, pemain berusia 22 tahun itu juga menyifatkan keadaannya itu sebagai sesuatu yang hadir kepada dirinya secara semulajadi.

"Ia adalah sesuatu yang semulajadi apabila menghadapi perlawanan seperti ini. Anda akan cuba mendapatkan keputusan yang baik.

"Saya berasa bagus. Apabila anda beraksi, anda tidak memikirkannya dan hanya akan berkata kepada diri sendiri bahawa anda telah bermain di pentas Piala Dunia. Ia sesuatu yang gila."
 

Advertisement

Must Watch Video