Pemain tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente, menandatangani kesepakatan baru yang akan mengikatnya bersama pasukan juara bertahan LaLiga itu sehingga 2027.
Kontrak pemain serba boleh itu sepatutya tamat pada 2024 tetapi Atletico mengesahkan bahawa kesepakatan baru dengan lanjutan tiga tahun telah dipersetujui kedua-dua pihak semalam.
Aksi paling diingati daripada Llorente sudah pasti ketika dia menjaringkan dua gol ke atas juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liverpool, pada Mac 2020 tetapi dia sememangnya watak penting dalam menggerakkan jentera kendalian Diego Simeone itu sejak menyertai pasukan berkenaan daripada pasukan jiran, Real Madrid, pada 2019.
Bahkan, 12 gol dan 11 bantuan jaringan yang dihasilkannya menjadi penyumbang penting dalam memastikan Atletico menamatkan penantian kejuaraan sejak edisi 2013-14 pada musim lalu -- kejuaraan ketiga mereka sejak 1996.

Walaupun terdapat spekulasi yang mengaitkannya dengan kelab gergasi seperti Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG), Llorente akhirnya menamatkan segala desas-desus itu untuk kini berusaha mempertahankan kejuaraan liga buat Atletico.
Atletico memulakan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan menewaskan Celta Vigo 2-1 hasil jaringan berganda Angel Correa yang mengapit gol penyamaan daripada sepakan penalti Iago Aspas hujung minggu lalu.