Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool tumbang di tangan Gergasi Itali

leao.jpg
Sentuhan gerakan serangan balas digunakan sebaik mungkin AC Milan menewaskan Liverpool 4-2 dalam aksi persahabatan di Hong Kong semalam.

Milan bermula cemerlang, dan Rafael Leao menemui jalan membuk jaringan seawal minit ke-12, bijak melepasi Virgil van Dijk sebelum melepaskan rembatan menewaskan Alisson.

Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi Dominik Szoboszlai.

Bagaimanapun, Milan meledak dua gol dalam tempoh 15 minit pertama separuh masa kedua. Ruben Loftus-Cheek melakukan gerakan untuk memperdaya Milos Kerkez sebelum meledak gol.

Noah Okafor kemudian menjaringkan gol ketiga Milan pada minit ke-59. 

Cody Gakpo berjaya mengurangkan defisit jaringan namun Okafor memastikan kemenangan bergaya Milan ke atas England.

Advertisement

Must Watch Video