Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool tidak pernah bincang mengenai empat kejuaraan semusim -- Robertson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-robertson.jpg
Pemain Liverpool tidak pernah berbincang mengenai peluang mereka untuk mendapatkan empat kejuaraan semusim kerana perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan lagi terletak dalam kawalan mereka, kata Andy Robertson.

Manchester City mengekalkan kelebihan satu mata di depan Liverpool selepas kedua-dua pasukan itu terikat 2-2 dalam perlawanan di Stadium Etihad malam kelmarin.

The Reds akan sekali lagi bertemu City, Sabtu ini bagi perebutan tempat ke final Piala FA di Wembley selepas pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) awal musim ini.

Liverpool juga berpotensi untuk bertemu seteru bimbingan Pep Guardiola itu dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) seandainya mereka dapat mengatasi Benfica dan Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir masing-masing, di mana perlawanan kedua peringkat itu akan berlangsung awal pagi Khamis ini.

Menjelang perlawanan menentang City, Mohamed Salah berkata bahawa Liverpool mahu memenangi keempat-empat piala yang ditawarkan tetapi Robertson menegaskan, tiada perbincangan mengenai perkara itu sesama pemain.

"Kami hanya bercakap mengenai perlawanan berikutnya. Apabila ia tiba, anda tidak boleh memandang terlalu jauh, anda berfikir mengenai perlawanan seterusnya menentang Benfica dan begitulah seterusnya. Sememangnya tiada perbincangan mengenai perkara itu dalam bilik persalinan kami," kata Robertson.

Dia menambah: "Kami hanya perlu memenangi setiap perlawanan. Kami perlu melakukannya pada tahun itu (2019) dan kami perlu melakukannya tahun ini. Kami perlu terus memenangi perlawanan, ia berada di luar kawalan kami. Jika mereka memenangi semua perlawanan, ia milik mereka tetapi jika mereka keciciran mata, kami perlu bersedia untuk memintas.

"Satu-satunya cara untuk melakukannya adalah dengan memenangi perlawanan. Jika kami melakukannya, ayuh lihat di mana kedudukan akhir kami pada Mei depan. Jumlah mata yang kami kumpulkan sepanjang beberapa tahun lalu amat luar biasa tetapi hanya akan ada satu pemenang, kami perlu terus berjuang dan melihat apa yang akan berlaku," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video