Liverpool tak perlu tonik tambahan hadapi Leicester City

Shaiful Shamsudin
Disember 26, 2024 09:37 MYT
Cody Gakpo berkata Liverpool tidak memerlukan motivasi tambahan untuk memburu kemenangan di Leicester City tatkala berhasrat untuk melebarkan pendahuluan di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Reds meneruskan rentak tanpa kalah mereka kepada 21 perlawanan dengan membelasah Tottenham 6-3 Ahad lalu setelah seri dengan Fulham seminggu sebelumnya.
Liverpool memimpin saingan dengan kelebihan empat mata di puncak carta selain satu perlawanan di dalam tangan, lantas Gakpo mengakui rakan sepasukan menikmati jadual padat.
"Saya rasa tiada siapa yang boleh menunggu," kata Gakpo.

Next up, the Reds return to Anfield to take on the Foxes ?️✨ #LIVLEI pic.twitter.com/LBNRYeMTYV

— Liverpool FC (@LFC) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami tidak sabar-sabar untuk turun beraksi dan memenangi perlawanan. Itu matlamat kami.
"Tiada motivasi tambahan diperlukan. Kami tahu apa matlamat kami musim ini dan ini bermakna kami perlu memenangi perlawanan.
"Saya suka rentaknya -– hanya hadapi satu persatu perlawanan. Dan jelas sekali, kini kami berada dalam detik yang baik, ia lebih menyeronokkan.
"Setiap pemain bola sepak mengimpikan untuk beraksi sekerap mungkin."
#EPL
;